JUM Podcast -JAKIM untuk Ummah Asyik scroll media sosial siang malam, tapi bila kali terakhir kita betul-betul luangkan masa untuk tadabbur Al-Quran? Bagi menjawab persoalan yang sangat dekat dengan jiwa anak muda masa kini, jom tonton siaran langsung JUM PODCAST -JAKIM Untuk Ummah ! Episod istimewa kali ini sedang hangat mengupas topik yang cukup menarik: "Antara Scroll dan Tadabbur: Di Mana Al-Quran Dalam Hidup Anak Muda?" Sembang santai tapi penuh pengisian ini menampilkan dua tetamu khas yang hebat, iaitu saudara Anas Tahir dan Ustaz Azlan Shah. Lebih bermakna lagi, podcast ini dibawakan khas bersempena dengan penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Podcast istimewa ini diterbitkan hasil kerjasama antara JAKIM, IKIM dan Nasyrul Quran. Tonton dan sertai kami sekarang di platform berikut: Laman web rasmi www.tvikim atau terus kekal di platform media sosial JAKIM & tvIKIM. Hentikan scroll perkara lain seketika, dan mari kita tadabbur bersama dan kongsikan siaran langsung ini kepada sahabat handai anda sekarang! #JUMPODCAST